Rawat Saraf

Saraf merupakan agen penting di dalam tubuh badan manusia,  terbentuk dan berfungsi untuk mengkordinasi sistem terkawal ataupun tidak kawal.



Saraf terbahagi kepada 2 Sistem sistem saraf periferi dan sistem berpusat,  sistem saraf berpusat terdiri daripada otak dan saraf tunjang. Manakala sistem sarah periferi membentuk saraf berserabut panjang atau akson bertindak mengabungkan sistem saraf berpusat ke bahagian organ dalam tubuh badan

Mengenai struktur sistem saraf pusat

Umumnya, sistem saraf pusat terdiri daripada 3 komponen utama iaitu:

  1. Otak
  2. Saraf tunjang
  3. Sel saraf (neuron)

Oleh sebab sistem ini merupakan sistem yang sangat penting bagi setiap individu, maka ia terlindung daripada kontak dengan dunia luar. 

Apa yang lebih menarik adalah, darah yang merupakan elemen penting pun tidak mempunyai kontak dengan struktur ini.

Majoriti nutrien bagi sistem ini dibekalkan oleh cecair serebrospinal yang membanjiri organ sistem saraf pusat. Ia turut bertindak sebagai mekanisme perlindungan tambahan terhadap organ-organ tersebut.

#1 Otak

Otak merupakan organ yang menjadi pusat kawalan bagi keseluruhan badan manusia.

Ia berperanan penting dalam mengawal pelbagai jenis fungsi badan seperti proses pemikiran, deria, pergerakan, tahap kesedaran dan memori manusia.

Permukaan otak (turut dikenali sebagai korteks) mempunyai laluan berlekuk yang dikenali sebagai sulkus.

Bahagian terbesar bagi organ sistem saraf ini dikenali sebagai serebrum dan ia berperanan penting dalam proses percakapan, kelakuan, pemikiran dan memori.

Serebrum otak juga terbahagi kepada dua hemisfera (kanan dan kiri). Hemisfera kanan mengawal pergerakan badan di sebelah kiri dan begitu juga sebaliknya.

Mungkin anda ada terdengar pernyataan yang mengatakan seseorang itu menggunakan hemisfera kanan lebih daripada kiri. 

Namun kajian sains menyangkal pernyataan tersebut. Apabila ia melibatkan fungsi, kedua-dua belah otak bekerjasama menghasilkan tindak balas pergerakan badan.

Hemisfera otak pula boleh dibahagikan kepada beberapa lobus yang mempunyai fungsi spesifik:

  • Lobus frontal sering dikaitkan dengan fungsi kognitif, pergerakan secara sukarela dan kemahiran menguasai bahasa
  • Lobus occipital mempunyai peranan penting dalam memproses maklumat visual
  • Lobus parietal berperanan penting dalam memproses maklumat berkaitan dengan deria
  • Lobus temporal pula sering dikaitkan dengan pendengaran serta persepsi terhadap bunyi. Ia juga penting dalam memproses memori manusia

#2 Saraf tunjang

sistem saraf

Saraf tunjang adalah struktur yang menyerupai tiub panjang bermula di penghujung batang otak turun ke bawah sehingga ke kawasan pinggang.

Ia terletak di dalam tulang belakang manusia dan mempunyai peranan penting untuk membawa maklumat.

Menariknya berkenaan dengan struktur ini, ia memproses pergerakan refleks tanpa melibatkan otak.

Ini bermakna, jika anda mengalami sebarang refleks (pergerakan bukan sukarela dan berlaku secara serta-merta berikutan stimulus), anda tidak menggunakan otak untuk memproses pergerakan tersebut.

Oleh sebab itu, jika anda berada dalam situasi seperti tersentuh cerek panas, tangan anda akan beralih dengan serta-merta sebelum anda merasai kesakitan.

Ia adalah tindak balas penyelamat yang tidak memerlukan maklum balas otak yang mungkin memakan masa.

#3 Neuron, sel saraf yang menjadi tunjang kepada sistem saraf manusia

Ramai yang beranggapan bahawa sel saraf hanya terdapat di otak dan saraf tunjang. Hakikatnya sel ini ada di seluruh badan.

Ia merupakan elemen penting dalam sistem saraf manusia. Kehadirannya membolehkan berlakunya komunikasi di antara sel-sel badan sehingga membentuk tindak balas fizikal.

Soalan cepu emas yang sering menjadi tanda tanya adalah berapa banyak neuron yang ada di dalam badan kita? 1 juta? 2 juta?

Terdahulu, saintis pernah meramal bahawa otak sahaja mempunyai lebih daripada 100 bilion neuron, namun kajian terkini menunjukkan jumlahnya tidaklah sebanyak itu.

Secara puratanya, manusia mempunyai 86 bilion neuron. Walaupun jumlah tersebut kelihatan hampir sama sahaja (beza 14 bilion), namun perbezaan tersebut merupakan jumlah neuron yang terdapat pada otak mamalia seperti babun atau gorila.

Perbezaan tersebut dianggap ketara.

Mengenai struktur sistem saraf periferal

Konsep untuk memahami sistem saraf periferal agak mudah. 

Jika otak dan saraf tunjang manusia membentuk sistem saraf pusat, maka sistem saraf periferal adalah saraf yang berpecah daripada struktur pusat untuk membekalkan isyarat kepada otot dan organ yang lain.

Ia bagaikan sebuah pokok:

  • Batang besar pokok adalah otak
  • Dahan besar pokok adalah saraf tunjang
  • Dahan kecil (berpecah daripada dahan besar) dan ranting adalah saraf periferal
  • Daun/buah adalah organ

Ulasan